Perbezaan kaedah pengiraan dan kriteria penilaian antara agensi dikenal pasti menjadi punca jurang angka kemiskinan dan miskin tegar di Terengganu, dengan data Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) merekodkan 952 penduduk miskin tegar berbanding sifar berdasarkan data Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).