Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah dan Himpunan Alam Melayu 2026 membuka tirainya hari ini dengan menghimpunkan perwakilan, tetamu dan pempamer dari Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia, Singapura, Patani dan Vietnam sekali gus menjadi satu isyarat jelas bahawa Terengganu mahu menjadikan rantau Alam Melayu sebagai medan perpaduan ummah di tengah cabaran global yang semakin mendesak.