Kerajaan Terengganu bertekad mahu melahirkan seramai mungkin generasi profesional dan teknokrat yang bukan sahaja menguasai bidang sains, teknologi dan kepakaran moden malah memiliki hafalan 30 juzuk al-Quran dalam dada sebagai bekalan membentuk kehidupan berteraskan wahyu.