• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Dalam kesibukan tugas harian sebagai Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman tetap mengambil cakna terhadap penderitaan, kesusahan dan apa jua yang menimpa rakyat.

Pagi tadi Ahmad Razif sendiri ke tempat kemalangan maut di selekoh Bukit Tok Beng untuk membantu urusan berkaitan dan menenangkan ahli keluarga.

Kemalangan maut itu membabitkan seorang wanita yang berusia 50 tahun dan aktivis dalam masyarakat.

Semoga roh Allahyarhamah mendapat rahmat Allah s.w.t  jua.

Malam tadi, Ahmad Razif dan isteri, To’ Puan Seri Hajah Halina Zakaria menziarahi bekas pemimpin Pemuda Hulu Terengganu, Haji Zakari Ali yang sakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Sebelah pagi tadi beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan sebelah petangnya mempengerusikan mesyuarat induk persiapan lawatan Perdana Menteri ke Terengganu.

Malah selepas itu hingga ke lewat malam penuh dengan pelbagai program yang beliau hadiri.
Demikan, seorang Ahmad Razif orang nombor satu Terengganu yang begitu cakna rakyat.

Sesungguhnya rakyat amat sayang kepadanya atas kepimpinan dan kecaknaan terhadap orang ramai tanpa mengira waktu.

Tag: