• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Jangan Beri Mudarat Pada Orang Lain

Ustaz Wan Sukairi meninjau tempat yang perlu diambil tindakan segera.
Oleh: Wan Luqman Hakim

Masyarakat harus cakna tentang kebersihan dan kesihatan supaya tidak memberi kesan buruk kepada diri sendiri serta orang di sekeliling.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kesihatan dan kebersihan ini ialah perkara yang saling berkait antara satu sama lain.

"Dengan tubuh yang sihat, ianya ialah suatu nilai tambah kepada setiap pekerjaan yang dilakukan.


"Justeru, kita harus cakna dan prihatin terhadap aspek ini untuk membina masyarakat yang aman dan harmoni seiring dengan pembangunan ekonomi dan modal insan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Gotong-royong Basmi Aedes di Kampung Seberang Baroh, semalam.

"Apabila kita bersih kita akan jadi sihat, bila kita sihat, kita boleh beramal ibadah dengan baik dan sempurna serta sudah tentu akan meningkatkan iman," ujarnya.

Menurut Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, tidak munasabah orang Islam terbelakang jauh berbanding dengan orang-orang bukan Islam dalam aspek kebersihan.

Justeru, semua Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) wajar mengawasi dan menjaga kebersihan kampung masing-masing.



Tag: