• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Jelajah Berbasikal Bukit Payung Erat Hubungan

Ustaz Mohd Nor Hamzah (dua dari kiri) meninjau perusahaan penduduk setempat.

KUALA TERENGGANU - Aktiviti turun padang mengukuhkan hubungan masyarakat dan kepimpinan di semua peringkat untuk mencapai hasrat Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ianya bertujuan untuk mendekati dan menyelami keadaan rakyat.

“Ini adalah jelajah berbasikal pertama yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung.

"Saya amat gembira, ianya secara tidak langsung membolehkan kita melihat perusahaan yang dilakukan oleh penduduk kampung,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jelajah Berbasikal anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Bukit Payung bermula awal pagi di Pejabat Daerah Kuala Terengganu menuju ke persinggahan pertama di Dewan Sivik Kampung Laut, di sini, kelmarin (17 Ogos).

Sementara itu, menurut penternak, terdapat 200 ekor lembu tempatan diternak di dalam kandang berasingan di penternakan lembu Kampung Surau Haji Daud.

"Ada lembu sado yang dimaklumkan dari baka Belgium Blue," ujarnya.


Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Azmi Razik. Antara jabatan kerajaan yang turut serta adalah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan Jabatan Veterinar Negeri Terengganu.

Tag: