• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Jenazah Allahyarham Zakaria Abdullah Akan Dikebumikan Di Sharaya


Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif Abd Rahman baru sahaja bersama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Panglima Azeez Abdul Rahim mengurus jenazah jemaah haji dari Terenggannu yang meninggal dunia ketika berada di dalam Masjidilharam.
Jenazah Allahyarham Zakaria Abdullah dibawa ke Ajyad Hospital Mekah dan Ahmad Razif turut sama menguruskan jenazah agar dapat diselesaikan dengan segera.
"Alhamdulillah telah urusan di hospital dan jenazah akan dibawa ke Sharaya untuk urusan mandi dan kapan, beritahu Ahmad Razif kepada teganukita melalui whatsapp sebentar tadi.
Seterusnya jenazah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk solat jenazah.
Dijangka selepas solat Maghrib (waktu Mekah) akan disembahyangkan dan Insya Allah akan dikebumikan di Sharaya, jelas Menteri Besar yang amat cakna kepada jemaah haji, khususnya dari Terengganu.
Haji Ahmad Razif mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang berada di Terengganu dan semoga tabah dan bersabar.
"Segalanya ketentuan Allah Subhanahuwataala, termasuk meninggal dunia di Mekah, di tanah suci," katanya.
Laporan Khas Oleh : Ruslan Abdul Rahman


Tag: