• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Jiwai Semangat Merdeka, Perangi Jenayah Setempat

 

Oleh: Ahmad Mawardi

HULU TERENGGANU, 30 Ogos - Sempena Sambutan kemerdekaan,  Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir tekad pupuk semangat untuk memerangi jenayah khususnya dalam kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato’ Harun berkata, sambutan yang julung kali diadakan itu bertujuan memupuk semangat patriotik petugas agensi kerajaan selain itu membanteras jenayah untuk capai erti kemerdekaan yang sebenarnya.

Katanya, beliau berharap agensi tempatan bertangungjawab dan optimis untuk terus kekal membanteras dan tidak hanya pada Hari Kemerdekaan sahaja.

“Untuk hapuskan gejala jenayah keseluruhannya adalah mustahil, akan tetapi kita bersama berperanan untuk mengurangkannya adalah kewajipan semua pihak.

“Pada masa sama, kita perlu perbanyakkan program kesedaran di setiap kampung untuk capai matlamat sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Program Semarak Merdeka @ Komuniti 2020 (Info On Wheels) peringkat DUN Manir di Dewan Terbuka Pusat Komuniti Pulau Bahagia, semalam.

Turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu, Saharuddin Muhamad, Ketua Balai Polis Manir, Tuan Roslan Mat Yunus, Penghulu Mukim Manir dan semua Pengerusi Majlis Pengurusan Kampung MPKK DUN Manir.

Tambahnya lagi, sudah tentu kemerdekaan sebenar belum tercapai sehingga lengkapnya nilai-nilai Islam dalam undang-undang negara untuk membanteras jenayah.

"Islam adalah agama rasmi persekutuan dan seorang muslim tidak boleh berasa tenang sekiranya urusan negara masih lagi tidak dapat melengkapi seperti dikehendaki oleh Allah SWT,"ujarnya.