Jalur Gemilang
Berita :
Johor Tempah Tiket Ke Final, Terengganu Alih Fokus Rebut Gangsa
Johor Tempah Tiket Ke Final, Terengganu Alih Fokus Rebut Gangsa
Ahmad Zaeem Zainudin
4 jam yang lepas
86

KUALA NERUS, 20 Oktober - Johor menempah tiket ke perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Empat Negeri 2026 selepas menundukkan Terengganu 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi separuh akhir, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Johor bakal berdepan Kedah bagi merebut pingat emas, manakala Terengganu akan menentang Kelantan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Dalam aksi yang berlangsung sengit itu, Terengganu bangkit selepas ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama sebelum berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada babak kedua.

Kedudukan seri itu kekal sehingga tamat masa permainan, termasuk masa tambahan, sekali gus memaksa penentuan dilakukan menerusi sepakan penalti.

Kontijen Johor akhirnya berjaya menyempurnakan penentuan itu dengan kemenangan 3-2 untuk menyingkirkan Terengganu, seterusnya melangkah ke final.

Terdahulu, dalam satu lagi aksi separuh akhir, Kedah turut mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas menewaskan Kelantan 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Perlawanan penentuan pingat gangsa antara Terengganu dan Kelantan dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober, jam 5 petang, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Manakala, pergelutan akhir untuk merebut gelaran juara bagi acara ini antara Johor dan Kedah akan berlangsung pada jam 8.30 malam, di tempat yang sama.


Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan