Jalur Gemilang
Berita :
JPS Terengganu Raih Lima Anugerah Hari Inovasi JPS Malaysia
JPS Terengganu Raih Lima Anugerah Hari Inovasi JPS Malaysia
Rohayati Ripin
24 Sep 26
5

KUALA TERENGGANU, 24 September - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih lima anugerah pada Majlis Sambutan Hari Inovasi JPS Malaysia Tahun 2026 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat JPS Malaysia, Cyberjaya, Selangor.

Pengarah JPS Terengganu, Ir. Ts. Gs. Osman Abdullah berkata, kejayaan itu membuktikan komitmen dan kerjasama seluruh warga JPS Terengganu dalam memperkukuh budaya inovasi serta meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.

Menurutnya, JPS Terengganu muncul Johan bagi Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), selain meraih Naib Johan bagi Anugerah Penilaian Outcome dan Anugerah Pengurusan Projek Pembinaan Terbaik (A3PT).

“JPS Terengganu turut menerima Tempat Keempat bagi Anugerah Peneraju Pembudayaan Inovasi (PTI) serta saguhati bagi Anugerah Pelaksanaan Terbaik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen, kesungguhan dan kerjasama seluruh warga JPS Negeri Terengganu dalam memperkukuh budaya inovasi, meningkatkan kecemerlangan pengurusan dan memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Kesemua anugerah berkenaan disampaikan Setiausaha Bahagian Sumber Air (BSA), Roshana Alma Mohd Ali yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga JPS Terengganu dan berharap pencapaian berkenaan menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh inovasi, meningkatkan prestasi serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan