• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Juarai Perarakan Maulidur Rasul Hasil Keserasian Dan Komitmen Berpasukan


Pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 
Keserasian sesama anggota dan komitmen padu yang ditampilkan  tiga pasukan membolehkan mereka muncul juara bagi pertandingan perarakan dalam setiap kategori sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Terengganu, semalam.

Johan bagi kategori jabatan kerajaan persekutuan dan badan berkanun, milik pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, manakala Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi kategori jabatan kerajaan negeri dan badan berkanun negeri serta kategori syarikat-syarikat swasta pula digondol pasukan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu).

pasukan Syarikat Air Terengganu

Ketiga-tiga pasukan itu antara  71 pasukan yang menyertai perarakan sejauh 2.4 kilometer.

Perarakan bermula seawal jam 7.30 pagi dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Bulatan Ladang dan berakhir di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Mohammad Omar, berkata pertama kali pasukannya diumumkan sebagai juara pertandingan perarakan dan berharap terus cemerlang  pada pertandingan akan datang.

pasukan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 

“Tiada petua istimewa, cuma berazam melakukan yang terbaik dan setiap ahli pasukan menampilkan komitmen sama ada ketika menjalani latihan mahu pun ketika pertandingan,”katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), Ir Atemin Sulong, berkata terima kasih kepada semua ahli pasukan yang sehingga terlibat menjayakan acara itu.

“Terharu dan  bangga kerana mereka tampil berdisplin, selain bersemangat untuk meraih kemenangan walaupun hanya sepuluh hari menjalani latihan selepas tamat waktu bertugas di pejabat,”katanya.

Tag: