lightning-solid
Berita :
 Kampung Bukit Mentok Wilayah Udang Terbaik di Kemaman
Kampung Bukit Mentok Wilayah Udang Terbaik di Kemaman
Mohd Irsyadi Abu Bakar
4 jam yang lepas
50

KEMAMAN, 26 Julai - Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menyumbangkan kios jualan sebagai salah satu usaha membangunkan Kampung Bukit Mentok menjadi pusat jualan produk berasaskan udang terbaik di daerah itu.

Menurut Yang Dipertua MPK, Zuwislan Awang, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) melihat potensi lokasi berkenaan untuk dijadikan 'port' terbaik produk berasaskan udang.

"Kalau kita lihat, tempat itu ada bekalan udang tetapi 'by product tiada. Jadi harapnya, kita boleh wujudkan semua produk berasaskan udang bagi menjadikan ia kawasan 'shrimp base product'

"Maknanya kita mahu Kg Bukit Mentok ini terkenal sebagai pusat produk-produk udang. Insya-Allah, kita akan tambah lagi kios (pondok) jualan selepas ini," jelasnya.

Zuwislan turut menyifatkan usaha itu sebagai menyambut baik hasrat Tourism Terengganu untuk mewujudkan satu produk tarikan bagi kawasan atau daerah tertentu.

Setakat ini, MPK telah memperuntukkan sumbangan bernilai RM15,000 bagi projek itu dan berharap penduduk kampung akan menyambut baik dengan bekerjasama memelihara serta membangunkan kawasan itu sebaik mungkin. 

"Ini diperkukuhkan lagi dengan kualiti udang yang terdapat di Kampung Bukit Mentok sendiri, yang mendapat penilaian sebagai antara yang terbaik di sini," tambahnya.


Tag :

Artikel Berkaitan