KARNIVAL HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

Jom ramai-ramai memeriahkan Karnival Hari Air Sedunia yang bakal berlangsung seperti berikut:
Tarikh: 24 - 25 Mei 2025
Lokasi: Taman Tasik Sura, Dungun, Terengganu
Acara ini akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik, pameran interaktif, pertandingan, serta program kesedaran berkaitan kepentingan air dan pemuliharaan sumber air negara.
Mari bersama-sama kita raikan Hari Air Sedunia sambil menimba ilmu dan menikmati aktiviti santai bersama keluarga!
Anjuran bersama agensi-agensi kerajaan dan rakan strategik negeri.