Berita :
Kecemerlangan SPM Bukti Ekosistem Pendidikan Terengganu Kukuh
Kecemerlangan SPM Bukti Ekosistem Pendidikan Terengganu Kukuh
Mastura Jamal Din
2 jam yang lepas
42

KUALA TERENGGANU, 6 April -  Kejayaan cemerlang calon-calon SPM 2025 membuktikan ekosistem pendidikan di Terengganu terus kukuh hasil komitmen berterusan pelbagai pihak, khususnya Kerajaan Negeri dalam memperkasa agenda pendidikan.

Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) berkata, sokongan kerajaan negeri menerusi pelaburan, dasar yang jelas serta bantuan kepada sekolah-sekolah negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) telah memberi impak besar terhadap pencapaian pelajar.

Menurutnya, Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun mencatat peningkatan apabila merekodkan GPS 2.17 berbanding 2.50 tahun sebelumnya, selain melahirkan dua calon semua A+ dan enam calon semua A. 

"Keputusan itu meletakkan sekolah berkenaan di tangga pertama daerah Dungun dan ketujuh negeri secara tidak rasmi," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi jabatan hari ini.

Tambah JPINT, Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) turut mencatat prestasi membanggakan apabila memperoleh GPS 1.91 berbanding 2.08 tahun lalu, sekali gus muncul antara sekolah terbaik di negeri ini serta terbaik dalam kalangan SABK Terengganu.

"Sembilan daripada 10 SABK kelolaannya mencatat peningkatan, manakala GPS keseluruhan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT) bagi SPM 2025 meningkat kepada 3.14 berbanding 3.56 pada 2024," ujarnya. 

Menurut JPINT lagi, kejayaan itu adalah hasil usaha bersama guru, ibu bapa, pelajar serta sokongan pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan dalam memperkukuh landskap pendidikan negeri.




Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan