KUALA NERUS, 22 Oktober - Saingan merebut gelaran Juara Keseluruhan Sukan Empat Negeri 2026 kini kembali panas dan terbuka selepas Kedah berjaya menjuarai aksi akhir bola sepak, malam tadi.
Terdahulu, kontijen Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Kedah berjaya merembat emas menerusi kemenangan penalti 5-3 ke atas Johor selepas terikat 1-1.

Bagaimanapun, Kedah bangkit pada babak kedua dengan hasil tandukan kemas di hadapan gawang Johor untuk menyamakan kedudukan.
Keputusan terikat 1-1 itu kekal hingga wisel penamat sebelum pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti yang akhirnya berpihak kepada Kedah.

Terengganu sebelum itu menerima tamparan di halaman sendiri apabila sekadar berada di kedudukan keempat acara bola sepak selepas tewas 0-1 kepada Kelantan dalam aksi penentuan gangsa.
Takhta Juara Keseluruhan Sukan Empat Negeri 2026 kini bergantung sepenuhnya kepada acara penutup, Karom, yang dijadualkan berlangsung esok.