• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Kekalkan Muafakat, Solidariti - MB

Ahmad Razif meluangkan masa bersama warga emas yang menetap di Kampung Cina di Restoran Mek Awang, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman  menyeru agar permuafakatan dan solidariti di antara masyarakat di Malaysia, khususnya di Terengganu terus berkekalan selamanya.

Beliau berkata, formula tersebut adalah punca utama menjadikan negara Malaysia yang berbilang kaum terus berada dalam keadaan aman damai sepertimana yang dinikmati pada hari ini.

“Apa yang mustahak pada hari ini adalah kita perlu bersama-sama menghayati bagaimana yang telah dilaksanakan oleh nenek moyang kita dalam mengekalkan perpaduan.

“Mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan tiada agenda peribadi dimana akhirnya kita dapat melihat bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan kemudian membangun dengan begitu pesat sebagaimana yang dinikmati sekarang,” katanya.


Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Penyampaian Bantuan Sempena Tahun Baru Cina di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pengerusi MCA Terengganu, Dato’ Toh Chin Yaw.

Untuk tahun ini, seramai 8,134 penerima telah menerima bantuan tersebut di seluruh Terengganu di mana 2,500 daripadanya adalah daripada Kuala Terengganu.

Tag: