• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Kem Jati Diri MPKK Usaha Baik Kerajaan Negeri

Embong 
Kem Jati Diri Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Terengganu Sejahtera merupakan usaha baik yang dilaksanakan kerajaan negeri melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) dan Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS) dalam memperkasakan peranan MPKK.

Penghulu Kanan Pejabat Daerah Dungun, Embong Mohd Zin berkata, langkah itu penting supaya ahli jawatankuasa MPKK tahu dan memainkan peranan sebagai pentadbir kampung.

"Langkah mendahulukan pendedahan dasar dan polisi kepada MPKK memudahkan mereka untuk memenuhi matlamat kerajaan ketika berkhidmat kepada masyarakat.

"Paling penting, mereka dapat memahami peranan jabatan yang ada dan disediakan untuk berkhidmat kepada rakyat mengikut peranan masing-masing," katanya ketika hadir meninjau 250 peserta MPKK daerah Dungun dalam Kem Jati Diri Siri satu di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang hari ini.


Tag: