• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kembara Alumni SDAR Nikmati Durian Terengganu


Tengku Farok melihat demonstrasi memasak lempok di program itu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail 


Terengganu menjadi destinasi wajib Persatuan Alumni Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) meneruskan tradisi berkumpul apabila menganjurkan Program Makan Durian dan Kacau Lempuk, di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, kelmarin.


Selaras dengan kempen Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017, program dengan kerjasama Persatuan Inap Desa Negeri Terengganu dan juga Sekretariat Beautiful Terengganu berjaya mengumpul 30 ahli persatuan dalam suasana yang ceria dan santai.

Zainuddin
Setiausahanya, Zainuddin Muhamad berkata, rombongan sebelum itu menganjurkan aktiviti di Kuantan sebelum ke Kemaman menjejaki rakan-rakan sekolah mereka termasuk melawat rakan persatuan yang uzur.

"Kita sudah mengadakan program dan aktiviti ini untuk tahun ketiga. Jika tahun lalu, kita menganjurkan aktiviti di Terengganu pada Februari, kali ini kita meneruskan program kembara bermula pada 14 September lagi termasuklah singgah di Kuantan untuk bertemu rakan-rakan di sana.

"Pada 15 september lalu juga kita melaksanakan ibadat korban di Masjid Geliga, Kemaman bersama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga bekas pelajar SDAR, beliau banyak membantu persatuan bekas pelajar ini," katanya.
Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.
Zainuddin berkata, pada kali ini juga, program pertandingan makan durian dan mengacau lempuk dengan kerjasama Persatuan Inap Desa Negeri Terengganu berjaya membangkitkan suasana muhibbah serta merapatkan ukhwah ahli persatuan dari pelbagai negeri dan juga profesion itu.


Antara bekas pelajar SDAR di Terengganu adalah bekas Exco, Dato' Mamat Ghazali Abd Rahman, Dato' Wan Hisham Wan Salleh dan bekas Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Anwa Sulaiman.
Katanya, di pringkat Pusat pula, SDAR melahirkan pemimpin negara, seperti bekas Menteri Kewangan II, Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Hilmi Yahya dan ramai lagi.
Tambahnya lagi, Alumni SDAR yang ditubuhkan tiga lalu kini mempunyai kira-kira 5,000 ahli.

Tag: