Berita :
Kemudahan Lorong Kubur Kg Sri Tanjung kini lebih selesa selepas dinaik taraf
Kemudahan Lorong Kubur Kg Sri Tanjung kini lebih selesa selepas dinaik taraf
Hidayah Azlin
3 jam yang lepas
45

SETIU, 4 Jun – Laluan ke tanah perkuburan sering kali dihindari oleh sebahagian masyarakat, namun hakikatnya lokasi itulah yang bakal menjadi destinasi terakhir buat setiap insan yang bernyawa. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, setiap manusia sama ada bersedia atau tidak, pasti akan melalui jalan tersebut apabila tiba masanya untuk diusung ke liang lahad. 

"Lorong kubur tak ramai orang suka lalu. Sama ada suka atau tidak, suatu hari nanti kita akan diusung ke situ," katanya.


Suasana di Lorong Kubur Kampung Sri Tanjung, Jabi, yang kini berwajah baharu demi keselesaan penduduk kampung urusan pengebumian. 

Laluan berkenaan sebelum ini merupakan jalan batu yang kurang selesa, namun kini telah dinaik taraf sepenuhnya kepada laluan bertar yang lebih sempurna dan memudahkan urusan pengangkutan jenazah.


Mengulas lanjut, Dr Azman turut mengajak masyarakat agar sentiasa meluangkan masa menziarahi tanah perkuburan sebagai salah satu kaedah terbaik untuk bermuhasabah diri.

Jelas beliau, amalan menziarahi kubur secara tidak langsung dapat mendidik jiwa manusia agar sentiasa mengingati hari kematian yang boleh datang pada bila-bila masa sahaja. 

"Semoga kita sentiasa menziarahi kubur untuk mengingatkan kita tentang kematian. 

"Sesungguhnya mati adalah sebaik-baik peringatan," ujarnya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan