• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Kenduri Perdana Kuala Nerus Meriah

Dato'Dr Khairuddin Aman Razali berbual mesra dengan wakil Rejimen Askar Melayu yang hadir.
Oleh: Mohd Fairul Nizam

KUALA NERUS - Kenduri Perdana, anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh rakyat Kuala Nerus.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program ini merupakan program tahunan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus.

"Ianya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan membantu rakyat yang susah.


"Serta menjadi hadiah kepada orang yang berkeupayaan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Kenduri Perdana Kuala Nerus di Padang Bola, Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, kelmarin (22 Ogos).

Turut hadir, wakil Rejimen Askar Melayu Diraja dan badan-badan kerajaan.

Tag: