lightning-solid
Berita :
Kepulangan Nur Aisyah, Pemenang Pingat Emas Sukan SEA Thailand Diraikan
Kepulangan Nur Aisyah, Pemenang Pingat Emas Sukan SEA Thailand Diraikan
Ezani Razali
1 hari yang lepas
174

KEMAMAN, 25 Disember - Kepulangan pemenang pingat emas dalam temasya Sukan SEA Thailand 2025, Nur Aisyah Mohamad Zubir, 28 tahun turut diraikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat, semalam.

Hanafiah menzahirkan rasa syukur dan bangga di atas kejayaan atlet berbasikal yang mewakili Malaysia itu.

"Alhamdulillah, anak jati kita yang berasal dan membesar di sini berjaya mengharumkan nama negara. 

"Kejayaan ini bukan saja membanggaka Malaysia, tapi juga ia menjadi inspirasi buat anak muda.

"Aisyah membuktikan bahawa dengan usaha, disiplin dan semangat juang tinggi, tiada yang mustahil untuk dicapai." katanya ketika ditemui pemberita di kediaman keluarga Aisyah di Kampung Kubang Kurus.

WhatsApp Image 2025-12-25 at 1.45.42 AM (1).jpeg 237.92 KB
Dalam pada itu, Nur Aisyah turut memanjat rasa syukur di atas kejayaannya ini.

"Alhamdulillah, untuk kejayaan pada temasya sukan edisi kali ini. Insya-Allah, saya akan terus berjuang untuk mengharumkan nama negara ke peringkat yang lebih tinggi," ujarnya.

Dalam pertemuan itu Dato' Hanafiah Mat yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri turut menyampaikan hadiah berbentuk wang tunai dan cenderahati kepada Nur Aisyah sebagai tanda penghargaan diatas kejayaannya itu.

Terdahulu, Nur Aisyah yang beraksi di Temasya Sukan SEA Thailand 2025 itu berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara Trek Berbasikal Scratch Wanita. 

Dalam edisi kali ini, Nur Aisyah turut berjaya membawa pulang dua pingat perak iaitu dalam acara Berbasikal Lebuh Raya dan Kriterium Wanita.


Tag :

Artikel Berkaitan