• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kerajaan Agih RM84,000 Kepada Penternak

SETIU, 20 Mei – Kerajaan negeri akan mengagihkan RM84,000 hasil daripada projek penternakan kepada 240 peserta e-Kaseh bagi semua daerah.

Buat permulaan seramai 60 orang Peserta e-Kaseh menerima bantuan sebanyak RM350 seorang dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Pendapatan Daripada Projek Ternakan di Bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata 60 penternak dari Besut dan Setiu menerima bantuan tersebut di Dewan Sivik Jabi.

“Hari ini kita mulakan untuk daerah Besut dan Setiu seramai 60 orang, iaitu 30 orang bagi setiap daerah.

“Dijangka pada 25 Mei bagi agihan terakhir untuk daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu di Dataran Kaprima Jabatan Perkhidmatan Verterinar Negeri Terengganu,” katanya kepada pemberita.

Katanya, dana hasil daripada projek ternakan tersebut antaranya ternakan ayam pedaging secara reban tertutup, lembah kamprima iaitu penternakan kambing dan lembu pedaging secara integrasi di ladang sawit.

"Kesemua projek ini hasil keuntungan yang dipulangkan balik kepada penternak-penternak yang berada dalam senarai e-Kaseh.

"Saya berharap bantuan yang diagihkan boleh meringankan beban kepada para peserta," katanya.


Tag: