Berita :
Kerajaan Negeri Arah Siasatan Segera Isu Air Buangan di Pulau Perhentian
Kerajaan Negeri Arah Siasatan Segera Isu Air Buangan di Pulau Perhentian
Hafiz Rosli
30 May 26
54

KUALA TERENGGANU, 30 Mei – Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung video tular yang memaparkan aliran cecair dipercayai air buangan ke laut di bawah sebuah jeti berhampiran pusat peranginan di Pulau Perhentian.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata beliau telah dimaklumkan mengenai video tersebut dan sedang mendapatkan laporan terperinci daripada pihak-pihak berkaitan.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti fakta sebenar serta memastikan semua peraturan dan syarat pelepasan efluen dipatuhi sepenuhnya.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima, air yang kelihatan dalam video itu dikatakan merupakan air buangan yang telah dirawat mengikut piawaian yang ditetapkan, namun perkara ini masih dalam proses pengesahan,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini. 



Razali berkata, kerajaan negeri memandang serius sebarang isu yang berpotensi menjejaskan kelestarian alam sekitar dan imej pelancongan Terengganu.

Menurutnya, sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau syarat yang ditetapkan, tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak berkuasa yang berkaitan. 

Terdahulu, sebuah video yang tular di platform Threads memaparkan aliran cecair berwarna keruh keluar daripada sebuah paip ke laut.

Sementara itu, menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), pihak pengurusan Perhentian Marriott Resort & Spa menjelaskan bahawa mereka mengendalikan loji rawatan air buangan sendiri dan semua pelepasan yang dibuat telah melalui proses rawatan yang ditetapkan.

Menurut kenyataan resort itu kepada FMT, pelepasan yang dipaparkan dalam video tersebut melibatkan air buangan yang telah dirawat dan merupakan sebahagian daripada pengaturan sementara ketika kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalan



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan