• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Kerajaan Negeri Peruntuk RM20,000 Baiki Jalan Ke Rumah Rakit

DUNGUN, 1 November – Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi membaik pulih laluan di kawasan rumah rakit di kaki Gunung Bongsu, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu setelah meneliti aduan daripada pengusaha tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, kerja membina laluan tersebut akan dijalankan dengan segera demi keselamatan pengguna susulan keadaannya yang berlopak dan berlumpur.

“Ini adalah isu yang paling besar berdasarkan permintaan daripada persatuan rumah rakit disitu, membataskan kemasukan kenderaan rendah.

"Kita telah meluluskan peruntukan tersebut melalui Pejabat Daerah dan kita telah salur peruntukan itu pada 11 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Tambahnya, pihaknya juga akan berkolaborasi dengan pengusaha rumah rakit bersama Jabatan Pelancongan bagi mempromosikan tempat tersebut berikutan nilai tarikannya sebagai syurga buat kaki pancing.

“Sekarang ini, hanya isu capaian internet dan komunikasi telah dikenalpasti dan sedang dalam perhatian sebuah syarikat telekomunikasi,” katanya lagi.