• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Kerajaan Negeri Salur RM58,000 Untuk Mangsa Kebakaran Teluk Menara

Hilmi menyerahkan sumbangan kepada Muda 
Muda Mat Ali, mangsa kebakaran di Kampung Teluk Menara baru-baru ini bakal menerima bantuan pembinaan rumah bernilai RM58,000 daripada kerajaan negeri.

Perkara ini dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Hilmi Dato' Harun ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

"Bantuan tersebut akan disalurkan melalui Tabung Iman (TDI) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di mana kita akan membina rumah siap untuk beliau.

"Pada hari kejadian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah memberikan bantuan awal berupa barang keperluan dan wang tunai RM3,000," katanya.


Hilmi hadir ke rumah mangsa bersama aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Pantai Timur, Dato' Maaruf Kasim dan setiausaha Terengganu Fourwheeler Team (TFT) Mohd Hasmadi Embong yang menyumbang bantuan wang tunai dan barang keperluan harian untuk menringankan beban mangsa.

Dalam pada itu, Muda yang merupakan imam Masjid Kampung Teluk Menara meluahkan rasa syukur atas sumbangan yang tidak putus-putus daripada pelbagai pihak.

"Sejak kejadian sehingga kini, ramai yang datang menghulurkan bantuan, bahkan individu yang saya tidak kenal juga ada datang memberi bantuan," katanya.

Tag: