lightning-solid
Berita :
Kerajaan Pusat Digesa Selesaikan Segera Isu Perumahan
Kerajaan Pusat Digesa Selesaikan Segera Isu Perumahan
Trdi News
01 Feb 19
99


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 1 Februari - Kerajaan Pusat perlu bertindak segera dalam menyelesaikan isu perumahan yang menjadi keresahan dan kebimbangan rakyat Malaysia sejak lima tahun kebelakangan ini akibat harga yang tidak mampu milik.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau mengalu-alukan pelancaran Dasar Perumahan Negara 2018-2025 oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini.

“Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diharapkan dapat menyelesaikan banyak isu perumahan yang tertangguh sekian lama.

"Sekiranya masalah ‘market mismatch’ berjaya diatasi, maka isu lambakan penawaran (overhang properties) yang telah mencecah RM19.5 bilion (suku ketiga 2018) boleh dikurangkan," ujarnya menerusi akaun media sosial milik beliau kelmarin.

Tag :

Artikel Berkaitan