• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Kerajaan Salur RM100 Ribu Buat Penternak Ruminan

KUALA TERENGGANU, 29 Jun - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 sebagai bayaran insentif bernilai RM100 seorang kepada 1,000 penternak ruminan tradisional dan berskala kecil.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata insentif itu dapat membantu golongan penternak yang terus cekal menternak bagi membekalkan bekalan daging kepada rakyat.

“Kerajaan negeri sentiasa mengambil perhatian terhadap rungutan yang disuarakan oleh para penternak berkaitan kutipan fi Prosedur Permohonan Pindah atau Sembelihan Luar daripada Rumah Sembelih yang dikenakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, kutipan fi sebanyak RM35 bagi kebenaran atau permit sembelih luar daripada rumah sembelihan, telah diwartakan di seluruh negara sejak tahun 2009 di bawah seksyen 82 Akta Binatang 1953 [Akta 647] (Penetapan Pusat Veterinar dan Fi Bagi Perkhidmatan Lain).

“Cuma dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lepas, kerajaan negeri memberi pertimbangan untuk tidak menguatkuasakannya setelah mengambil kira situasi yang sedang dilalui oleh rakyat," katanya.

Tambah Dr Azman Prosedur ini ditetapkan dalam usaha memastikan ternakan yang disembelih bebas daripada sebarang penyakit serta menjamin keselamatan daging sembelihan.

 

 

 

 


Tag: