• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Kerajaan Sasar Tingkatkan Hasil Pertanian, Penternakan

SETIU, 20 Mei - Kerajaan negeri menyasarkan peningkatan pengeluaran hasil daripada sektor pertanian dan penternakan Terengganu pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata peningkatan hasil tersebut sedikit sebanyak mampu mengurangkan kebergantungan sumber makanan terhadap hasil dari luar. 

“Sehingga hari ini, petani Terengganu berupaya hasilkan 56 peratus padi tempatan sebagai makanan ruji dan selebihnya kita memerlukan dari luar.

“Ibaratnya seramai lima daripada 10 orang boleh makan beras tempatan, selebihnya perlu beli dari luar.

“Selain padi tempatan itu, hasil daging tempatan pula sebanyak 30 peratus dan ayam pedaging (64 peratus),” katanya dalam Perasmian Majlis Penyerahan Sumbangan Pendapatan Daripada Projek Ternakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu semalam.

Turut hadir Pengarah JPV Terengganu, Dr Anum Man dan Pengarah Jabatan Pertanian Terengganu, Zulkepli Amin Mat Jusoh. 

Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut merasmikan pengagihan sumbangan wang tunai RM350 hasil projek JPV kepada 60 peserta e-Kaseh dari Besut dan Setiu di Dewan Sivik Jabi.


Tag: