lightning-solid
Berita :
Kerajaan Terengganu Hormati Proses Undang-Undang - MB
Kerajaan Terengganu Hormati Proses Undang-Undang - MB
Rohayati Ripin
2 jam yang lepas
79

KUALA TERENGGANU, 24 Februari – Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan komitmen untuk menghormati sepenuhnya proses undang-undang berhubung isu melibatkan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang kini berada di peringkat pendakwaan dan perbicaraan.

Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri berpegang teguh kepada prinsip bahawa seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Katanya, semua pihak diminta supaya tidak membuat spekulasi atau sebarang penilaian awal yang boleh menjejaskan proses keadilan.

“Kerajaan Negeri komited menjaga integriti dan menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang sedang berjalan.

"Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah. Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi atau sebarang penilaian awal yang boleh menjejaskan proses keadilan," jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa Ahli MMKN berkenaan tidak diwajibkan meletakkan jawatan kerana kapasiti beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan yang sedang berlangsung.

Justeru itu, beliau menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada sistem perundangan menjalankan tugasnya secara profesional dan bebas daripada tekanan mana-mana pihak.

"Semoga kita semua terus dipandu dalam melaksanakan amanah ini," tambah beliau lagi.



Tag :

Artikel Berkaitan