• 24 Jul 2024 | 17 Muharam 1446

Kerbau Jadi Pilihan Korban Pusat Khidmat DUN Batu Buruk

KUALA TERENGGANU, 19 Jun –  Dua ekor kerbau antara binatang korban yang berjaya dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk sempena Majlis Korban Perdana pagi semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata selain itu pihaknya juga mengorbankan tujuh ekor lembu untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

“Walaupun mungkin jumlahnya tidak banyak tetapi pihak kami memilih untuk mengorbankan binatang korban yang bersaiz  besar.

"Khususnya dua ekor kerbau yang kita sembelih tu harga lebih daripada RM10, 000. Alhamdulillah… saya kira ianya satu pendekatan yang sangat baik dan kita berjaya mengumpulkan banyak daging," ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu berkata demikian selepas program tersebut .

Jelasnya, dua ekor kerbau besar dan tiga ekor lembu berjaya dikorbankan di kandang Zamakhshari yang terletak di kaki Bukit Cendering manakala empat ekor lembu lagi di Gong Pok Maseh.

Tambah beliau, program gotong royong itu  melibatkan semua petugas-petugas yang daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), AJK PAS Cawangan DUN Batu Buruk termasuk muslimat.


Tag: