• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kerosakan Lampu Jambatan Angkat Sedang Dibaiki

KUALA TERENGGANU, 30 Januari - Kerosakan lampu pada ikonik Terengganu, jambatan angkat kini dalam proses pembaikan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman.

Katanya, orang ramai diminta bertenang dan tidak mmenyebarkan berita tidak benar yang boleh menjejaskan industri pelancongan Terengganu.

“Sebenarnya berlaku kerosakan pada lampu di Drawbridge dan kini sedang dibaiki, bukan kita sengaja tidak pasang.

“Justeru itu, diharapkan orang ramai dapat bersabar dan kita akan usahakan yang terbaik agar ianya dapat berfungsi seperti biasa,” ujarnya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial, dimana netizen mempersoalkan mengapa lampu pada Drawbridge hanya menyala sebelah sahaja, sekaligus mengecewakan mereka yang mahu mengabadikan gambar kenangan di mercu tanda Negeri Terengganu itu.