• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Khairunnisa' Sokong Usaha Tambah Jumlah Pusat Jagaan Kanak-kanak

Khairunnisa sokong tindakan Kerajaan Persekutuan menambah jumlah pusat jagaan kanak-kanak.
KUALA NERUS, 5 November - Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') menyokong tindakan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk menambah 50 pusat penjagaan kanak-kanak di bangunan kerajaan.

Timbalan Pengerusi Khairunnisa', Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, ianya bertepatan dengan
hasrat kerajaan negeri sebagaimana dalam manifesto PAS untuk membuka pusat nurseri di jabatan kerajaan.

“Ianya adalah langkah ke hadapan untuk mengenal pasti sumbangan wanita kepada tenaga kerja.

"Dan memberi peluang kepada wanita bekerjaya untuk sentiasa dekat dengan anak mereka," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Himpunan Mujahidah 5.0 di Kompleks Tarbiyyah Darul At Taqwa (KOMTAQ), kelmarin.

Menurutnya, pusat nurseri yang ditubuhkan di setiap agensi kerajaan akan dapat mengurangkan  masalah ibu bapa yang bekerja seperti penderaan terhadap kanak-kanak.

"Ibu bapa yang bekerja akan rasa lebih selesa di tempat kerja tanpa rasa bimbang dengan penjagaan anak-anak mereka.

"Ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi produktiviti kerja mereka.

"Tambahan pula, dengan kemudahan ini, mereka dapat menyusukan sendiri anak-anak sesuai dengan kempen yang menggalakkan bayi minum susu ibu," jelasnya.



Tag: