lightning-solid
Berita :
Khatan Perdana DUN Wakaf Mempelam Ringankan Beban 110 Keluarga
Khatan Perdana DUN Wakaf Mempelam Ringankan Beban 110 Keluarga
Noraini Jusoh
14 jam yang lepas
49

Oleh : Khairi Ramzan

KUALA TERENGGANU, 21 Disember - Seramai 110 kanak-kanak berusia antara 4 hingga 13 tahun daripada kalangan penduduk DUN Wakaf Mempelam menyertai Program Khatan Perdana yang berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Wakaf Mempelam, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, penganjuran program tersebut bertujuan untuk meringankan kos khatan, khususnya kepada golongan asnaf dan keluarga kurang berkemampuan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.

“Daripada keseluruhan peserta, seramai 73 orang kanak-kanak ditanggung sepenuhnya tanpa sebarang bayaran, manakala peserta daripada kategori orang awam hanya dikenakan bayaran RM50, berbanding harga asal RM150,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program berkenaan.

Beliau berkata, program kebajikan seumpama ini telah dilaksanakan secara konsisten sejak tujuh tahun lalu dan akan diteruskan sebagai komitmen berterusan dalam menjaga kebajikan rakyat di peringkat DUN.

Program anjuran PKM ADUN Wakaf Mempelam dengan kerjasama Pejabat Parlimen Kuala Terengganu, PAPISMA serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Terengganu itu bermula seawal jam 8 pagi dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.


Tag :

Artikel Berkaitan