Royalti Petroleum : Kerajaan Perpaduan Lebih Teruk Daripada Kerajaan PH
Kompleks SPRM Terengganu Dirasmi KSN
KUALA TERENGGANU, 1 Oktober - Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu yang mula beroperasi 15 Julai tahun lalu, hari ini dirasmikan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali
Pembinaan kompleks yang membabitkan RM38 juta itu mula didirikan pada penghujung Oktober 2016 dan diserahkan secara rasmi pada 15 Julai tahun lalu
Kompleks yang dibina bercirikan senibina dan seniukir Terengganu tersebut terletak di Bandar Baru Bukit Besar, di sini yang juga bakal menjadi kawasan pembangunan pentadbiran berpusat negeri.
Berada dikawasan seluas 3.41 hektar dan mampu menempatkan kira-kira 120 kakitangan dan sebagai permulaan kompleks itu kini beroperasi dengan kekuatan 45 pegawai dan kakiktangan.
Kompleks yang mempunyai tiga blok itu dilengkapi dengan kemudahan bilik rakaman percakapan saksi, bilik Video Interviewing Room(VIR) dan lokap-lokap.
Kemudahan lain Bilik Gerakan Operasi Siasatan(BGOS), dewan seminar, gudang sita, bilik kawad cam dan surau.
Selain itu,kompleks ini turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh kawasan.