Jalur Gemilang
Berita :
Kontijen PTN Terengganu Bangkit Rampas Emas Terakhir
Kontijen PTN Terengganu Bangkit Rampas Emas Terakhir
Ahmad Zaeem Zainudin
6 jam yang lepas
84

KUALA NERUS, 23 Oktober - Kontijen Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Terengganu membuktikan kecekalan luar biasa apabila bangkit merampas pingat emas kemuncak Sukan Empat Negeri 2026 menerusi acara Karom, petang tadi.

Kejayaan manis itu hadir selepas Terengganu dikejutkan dengan 'tumbang dua kali' berturut-turut dalam acara bola tampar dan bola sepak tempoh hari.

Berhadapan dengan tekanan saat akhir untuk memastikan sekurang-kurangnya gangsa berada dalam genggaman, pasukan itu berjaya menghentikan kemaraan Kedah kehadapan carta.

Dalam aksi acara yang bermula dari pagi tadi, Terengganu menyapu bersih kesemua tiga perlawanan berpasukan menentang Kedah (3-2), Kelantan (5-0), dan Johor (4-1) untuk mengutip mata penuh, sekali gus menyambar emas idaman.

Pungutan 10 mata keemasan itu meningkatkan jumlah mata keseluruhan Terengganu kepada 68 mata di puncak carta. 

Kedah sekadar berpuas hati di kedudukan Naib Juara dengan 53 mata selepas meraih gangsa acara karom, manakala Johor di tempat ketiga (44 mata) dan Kelantan di tangga keempat (15 mata).

Majlis penutup yang dijadualkan untuk berlangsung malam ini bakal menyaksikan Terengganu untuk mengesahkan kedudukan mereka sebagai Juara Keseluruhan Sukan Empat Negeri kali ini.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan