• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

'Kuca Sure' Erat Silaturahim

SETIU, 8 September – Program 'Kuca Sure' di Felda Chalok Barat yang diadakan di perkarangan Masjid Al-Makmur hari ini berjaya mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat.

Pengerusi MPKK Felda Chalok Barat merangkap Pengerusi Masjid tersebut, Suharimizi Hamzah berkata, sebanyak 10 kawah bubur As-Syura disediakan mewakili 10 agensi yang terlibat.

"Ini adalah antara program tahunan kita untuk mengerat silaturahim. Tahun lepas sebanyak 14 kawah tapi tahun ini kita hanya buat 10 sahaja.

"Ini kerana ada beberapa agensi kita gabungkan kerana kekurangan tenaga akibat COVID-19 yang berlaku," ujar beliau ketika ditemuramah di lokasi acara.

Program mengacau bubur As-Syura ini bermula seawal jam 8 pagi dan akan diakhiri dengan pengagihan kepada penduduk setempat yang dijangka akan diadakan selepas waktu zohor.

Antara agensi-agensi yang terlibat adalah seperti JKKR Felda Chalok Barat, KRT Felda Chalok Barat dan Majlis Belia Felda Malaysia cawangan Chalok Barat.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir, turut hadir bersama-sama mengacau bubur dan memeriahkan acara tersebut.


Tag:

Artikel Berkaitan