lightning-solid
Berita :
Lata Tembakah Bakal Jadi Santuari Ikan Kelah
Lata Tembakah Bakal Jadi Santuari Ikan Kelah
Norekwan Mamat
1 hari yang lepas
115

Setiu, 12 Disember — Usaha menjadikan Lata Tembakah sebagai destinasi terbaharu Santuari Ikan Kelah kini memasuki fasa awal penilaian selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin, mengadakan lawatan kerja ke Taman Eko Pelancongan Ulu Kasar, Setiu.

Lawatan itu bertujuan mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai pengurusan, tarikan serta pendekatan pembangunan santuari ikan kelah yang berjaya dilaksanakan di kawasan tersebut sekali gus menjadi model rujukan bagi pelaksanaan projek serupa di Hulu Besut.

FB_IMG_1765512329793.jpg 226.12 KB

Menurut Husaimi, Lata Tembakah dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi tinggi berdasarkan keindahan alam semula jadinya serta nilai pemuliharaan sungai dan hidupan akuatik yang masih terpelihara.

"Inisiatif ini bukan sahaja dapat merancakkan sektor eko-pelancongan daerah, malah mampu memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat selain mengukuhkan usaha pemuliharaan spesies ikan kelah,” katanya ketika ditemui selepas lawatan, di sini, semalam.
FB_IMG_1765512333906.jpg 330.02 KB


Dalam pada itu beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan rumah yang turut hadir ADUN Langkap  Azmi Maarof, Pegawai Hutan Daerah Terengganu Utara Tuan Haji Wan Radzi Wan Abdullah, Jabatan Pelancongan Terengganu, Jabatan Perikanan Terengganu,Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Pejabat Daerah Besut serta JPKK Bekok.

"Cadangan pembangunan santuari ini, dalam proses penelitian awal sebelum dibentangkan kepada pihak berkaitan untuk dimuktamadkan.
FB_IMG_1765511844682.jpg 321.12 KB


Projek tersebut dijangka menjadi antara tarikan pelancongan utama di Besut dan mampu memperkukuh sektor eko-pelancongan negeri Terengganu.


Tag :

Artikel Berkaitan