• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Liga Bola Sepak MAKSAK Kuala Terengganu Buka Tirai

KUALA TERENGGANU, 3 November - Liga Bola Sepak Friendly Majlis Kebajikan dan Sukan Aggota Kerajaan (MAKSAK) Kuala Terengganu membuka tirai kejohanan, Ahad lalu dengan perlawanan pertama antara Ibu Pejabat Kontijen Terengganu (IPKT) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ FC).

Pengerusi Persatuan Pengadil Daerah Kuala Terengganu, Hamdan Awang yang bertindak sebagai penganjur liga memaklumkan, pertandingan berkenaan diadakan buat pertama kali bagi engeratkan hubungan antara kakitangan kerajaan di daerah terbabit bertempat di padang bola sepak Lagoon, Chendering.

"Jadi, untuk kali pertama ini hanya melibatkan lapan pasukan sahaja iaitu pasukan IPKT, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu (IPDKT), Jabatan Hal Ehwal Agama Kuala Terengganu, HSNZ, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pejabat Perhutanan Terengganu dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Pertandingan ini mungkin akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan MAKSAK dan berkemungkinan akan membuka Division kedua sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak," katanya.

Perlawanan pembukaan antara kedua pasukan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul hadi dan berkesudahan HSNZ FC menewaskan IPKT FC dengan jaringan 4-2.

 


Tag: