• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Lima Keluarga Masih Di Pusat Pemindahan Di Dungun


Satu pusat pemindahan banjir yang menempatkan 20 mangsa daripada lima keluarga masih dibuka di Dungun, setakat jam 11 pagi ini.

Menurut jurucakap portal rasmi kerajaan negeri, etindakan.terengganu.gov.my, kesemua mangsa mula dipindahkan ke Balai Raya Kampung Cacar Baru, Paka sejak dua hari lalu kira-kira pukul 11.30 pagi berikutan hujan lebat yang berlarutan di kawasan itu.

Pusat pemindahan itu adalah yang pertama dibuka di Daerah Dungun, sejak musim tengkujuh melanda negeri ini minggu lalu.

Sebelum ini, lima pusat pemindahan banjir turut dibuka di Kuala Terengganu dan Kemaman berikutan fenomena air pasang besar dan telah ditutup secara berperingkat selepas air surut dan penduduk mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Tag: