• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Lima Tanggungjawab Terhadap Al-Quran

KUALA TERENGGANU, 5 April – Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran kepada Baginda Rasulullah SAW dan umat Islam mempunyai lima tanggungjawab terhadap mukjizat terbabit. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata yang pertama, kita perlu membaca al-Quran.

“Kedua, kita perlu menghayati Al-Quran dengan melihat makna ayat yang kita baca itu dan melihat tafsiran kepada ayat-ayat tersebut. 

“Seterusnya, kita perlu menghafal ayat-ayat Al-Quran sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah yang merupakan antara rukun dalam solat,” kata Ustaz Muhammad Khalil.

Tambah beliau lagi, antara tanggungjawab yang seterusnya ialah beramal dengan ayat-ayat al-Quran kerana ia merupakan panduan hidup bagi orang Islam. 

Tanggungjawab kelima ialah mempertahankan al-Quran daripada musuh-musuh Islam.  

Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh beliau selepas solat zohor di Surau pejabat Badan Perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Terengganu.