• 18 Mei 2024 | 10 Zulkaedah 1445

Liqa’ Mahabbah Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Bersama Penjawat Awam 6 Oktober Ini

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dijangka bakal merasmikan program Liqa’ Mahabbah Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Bersama Penjawat Awam
Program Liqa’ Mahabbah Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Bersama Penjawat Awam 2016 akan diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 6 Oktober ini.

Dianggarkan seramai 1,500 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan akan menghadiri program pembentangan isu semasa dan soal jawab agama itu.

Ahli panel yang terlibat ialah Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda, Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof.Madya Dr. Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali.

Serta dua Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu iaitu Dato’ Ambak@Abdul Aziz Ismail dan Talib Abdul Rahman.

Program tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.

Tag: