• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Maal Hijrah Waktu Terbaik Perbaiki Diri - Sultan Mizan

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengajak umat Islam agar memanfaatkan detik tahun baharu hijrah sebagai pemangkin untuk kembali mencari peluang, kekuatan dan keyakinan bagi meneroka perubahan yang lebih baik setelah menempuhi pelbagai ujian melanda kehidupan.