• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Mangsa Ribut Di Kuala Besut Akan Dibantu Segera

Mohd Sulaiman meninjau keadaan rumah mangsa yang dilanda ribut.
Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT - Kerajaan negeri akan memastikan  semua rumah penduduk yang terjejas akibat bencana ribut di Kuala Besut pada Rabu lalu akan dibaikpulih secepat mungkin.

Pegawai Khas kepada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Mohd Sulaiman berkata, semua mangsa yang terlibat diminta membuat laporan berhubung kejadian itu supaya bantuan untuk membaiki rumah dapat disalurkan dengan secepat mungkin.

"Kepada penduduk yang terlibat perlu melaporkan kepada setiap pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing agar pihak kami tidak terlepas pandang," katanya.


Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke rumah yang terjejas di Kampung (Kg) Lampu, Kg Tok Saboh dan Kg Gertak Seratus, di sini,  18 Oktober.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.

Tag: