lightning-solid
Berita :
MASAS 2025 Himpun Lebih 300 Peserta di UniSZA
MASAS 2025 Himpun Lebih 300 Peserta di UniSZA
Wan Al Affan Bassam Wan Manam
19 Nov 25
184

2524d5d4-c0f5-4181-92e5-85d6542ac95f.jfif 174.96 KB
KUALA NERUS, 20 November - Program MAWAHIB Sukan Antara Syukbah (MASAS) 2025 melabuhkan tirainya semalam dalam sebuah majlis penutup yang berlangsung penuh meriah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Dengan membawa tema 'Sukan Menyatukan, Prestasi Menyerlahkan', MASAS 2025 berjaya menghimpunkan lebih 300 peserta yang terdiri daripada pelajar pelbagai jurusan di bawah naungan Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI).

Program itu menyaksikan pertandingan melibatkan enam persatuan yang dikenali sebagai Syukbah, iaitu PERSADA, PERISYA, PMUS, PMAP, SEJAHTERA dan AQSA. Penganjuran tersebut menjadi platform penting untuk menggilap bakat sukan mahasiswa selain mengukuhkan nilai ukhuwwah dalam komuniti kampus.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Mohd Fadhli Rahmi berkata, program seperti MASAS bukan sahaja menonjolkan kecergasan fizikal, tetapi turut menjadi ruang memperkukuh hubungan sesama mahasiswa.

“Program ini bukan sahaja untuk sukan semata-mata, bahkan juga medan ukhuwah untuk semua pelajar di sini saling mengenali antara satu sama lain.

“Kerajaan Negeri sentiasa komited menyokong usaha-usaha pembangunan sukan seperti ini, kerana kita mahu melihat pelajar bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik bahkan turut menyerlah dalam bidang sukan,” ujarnya.

Sepanjang penganjuran bermula 18 Oktober, para peserta menunjukkan komitmen tinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan, sekali gus menyerlahkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama pasukan.

MASAS 2025  yang menutup tirainya pada Selasa, sekali lagi membuktikan bahawa apabila mahasiswa bergerak dalam semangat kesatuan dan persahabatan, maka lahirlah generasi yang seimbang dari sudut akademik, sahsiah dan sukan. 


Tag :

Utama

Artikel Berkaitan