• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

MB Bantu Pengurusan Jenazah Allahyarham Zakaria Abdullah



Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman meluangkan masa menguruskan jenazah jemaah haji dari Terengganu, yang akan dikebumikan pada malam ini di Sharaya, Mekah.

Beliau bersama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim menyegerakan urusan pengebumian itu, sebaik sahaja melawat jenazah di Hospital Ajyad Mekah.

"Alhamdulillah sudah selesai beberapa urusan dan jenazah akan akan dibawa ke Maala untuk dimandi dan dikapan. Seterusnya jenazah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk solat jenazah. Kami menjangkakan  selepas Maghrib (waktu Mekah) dijangka akan disembahyang kan. Insya- Allah akan dikebumikan di Sharaya,"katanya.

Beliau sebelum itu mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Dalam kejadian  itu, Allahyarham Zakaria Abdullah, jemaah Haji 1MDB yang berasal dari Hulu Terengganu rebah dipercayai ketika sedang solat di Masjidil Haram, Mekah.

Sebaik insiden itu,ketua rombongan haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengambil perjalanan segera menguruskan jenazah untuk dikebumikan.

Ahmad Razif turut mendoakan supaya Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah. 

Pada masa yang sama, Menteri Besar juga berharap supaya keluarga beliau di Terengganu tabah dan bersabar dengan ketentuan Allah SWT. Al-Fatihah.

Tag: