• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

MB Beri Kata Semangat Kepada Atlet Olimpik

MARANG, 25 Julai - Menteri Besar Terengganu sempat memberikan kata semangat dalam pertemuan secara maya bersama atlet Olimpik yang berasal dari negeri itu bagi meningkatkan semangat mereka 'berperang' di Tokyo.

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluahkan rasa terharu dan keterujaan beliau kerana dapat bersama jaguh sukan negara.

"Saya berkesempatan bercakap menerusi talian dengan Azreen Nabila (Olahraga),Khairul Annuar (Memanah), Zuhairie (Paralimpik) dan Dato' Azizul Hasni Awang atau dikenali Jijo (Basikal).

"Mereka manusia hebat yang mewakili Malaysia dan Terengganu ke Olimpik Tokyo 2021.

"Semangat mereka sangat diperlukan oleh kita semua," ujarnya ketika bersiaran secara talian semalam.

Jelas Dr. Samsuri, mereka juga berpeluang menempa nama sebagai atlet unggul negara, sesuatu yang menjadi idaman ahli sukan seperti mereka.

"Tugas mereka berat, saya percaya mereka tidak gentar berdepan lawan meskipun lawan berbadan besar dan nampak kuat.

"Walau kecil susuk tubuh tetapi jiwa dan semangat nyata kental, ini doa daripada kami semua buat 'The Fantastic Four' dari Terengganu dan semua Olympian dari Malaysia," jelasnya.


Tag: