• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

MB Terengganu, Abdul Hadi Temui Khaled Mashaal

Dr Samsuri (kiri) menyaksikan kemesraan antara Abdul Hadi dan Khaled ketika menyertai rombongan menemui bekas Ketua Biro HAMAS itu di satu tempat dirahsiakan. 
KUALA LUMPUR, 26 Mei - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyertai rombongan menemui bekas Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Mashaal di satu tempat dirahsiakan kelmarin.

Dr Samsuri di status facebooknya menyatakan bahawa beliau mengiringi Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan rombongan menyambut kunjungan hormat Khaled.

Serentak itu, beliau menyeru umat Islam supaya menunjukkan sokongan berterusan sebagai tanda kebersamaan terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin.


"Gandakan doa dan terus perjuangkan nasib saudara kita di Palestin. Bumi anbiya' ini pasti akan bebas dari kekejaman zionis satu hari nanti insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu, Dato' Seri Abdul Hadi turut memuat naik gambar berhubung dengan pertemuan tersebut di status Facebook beliau pada hari yang sama.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahun, kunjungan hormat bertemu Khaled bertujuan menunjukkan kebersamaan PAS dan Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin.


"Kami turut berbincang untuk menguatkan lagi kesatuan ummah di peringkat antarabangsa dan langkah untuk membantu nasib saudara kita di Palestin," jelasnya.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.



Tag: