lightning-solid
Berita :
MBKT Peruntuk RM2.33 Juta Pasang 325 Lampu Solar
MBKT Peruntuk RM2.33 Juta Pasang 325 Lampu Solar
Rohayati Ripin
8 jam yang lepas
142

KUALA TERENGGANU, 19 Julai – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memperuntukkan RM2.33 juta bagi memasang 325 unit lampu solar di kawasan bandar dan luar bandar di bawah pentadbirannya.

Datuk Bandar MBKT, Lizan Che Mat berkata, projek yang sedang dilaksanakan itu bertujuan meningkatkan tahap pencahayaan awam, sekali gus menjamin keselamatan dan keselesaan penduduk.

“Pemasangan lampu solar ini dijangka memberi manfaat kepada penduduk di 325 lokasi dalam kawasan pentadbiran MBKT.

“Selain meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk, pencahayaan lebih baik juga dapat membantu mengurangkan risiko jenayah di kawasan yang sebelum ini kurang terang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Lizan, penggunaan lampu berteknologi solar turut menyokong usaha MBKT menyediakan kemudahan awam yang lebih mesra alam dan menjimatkan tenaga.

Beliau berkata, MBKT akan terus mengenal pasti lokasi baharu yang memerlukan penambahbaikan kemudahan awam bagi memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa diberi keutamaan.



Tag :

Artikel Berkaitan