Royalti Petroleum : Kerajaan Perpaduan Lebih Teruk Daripada Kerajaan PH
Melalui Teknologi Kemeriahan Aidilfitri Tetap Dirai Bersama
Oleh : Amiruddin Zamri
DUNGUN, 10 Mei- Walaupun tidak dibenarkan untuk merentas daerah mahupun negeri, melalui teknologi masyarakat tetap boleh berhubung bagi memastikan ikatan kekeluargaan serta persaudaraan diperkukuhkan bagi memastikan kemeriahan aidilfitri pada kali ini tetap diraikan bersama.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata penggunaan media sosial berkenaan perlu disesuaikan dengan situasi semasa yang sedang dihadapi seluruh rakyat ketika ini.
"Hubungilah keluarga dan saudara mara, sahabat handai melalui maya agar kegembiraan menyambut bulan kemenangan ini tetap dikongsi bersama dengan penuh kesyukuran,
"Jangan bersedih menyambut lebaran pada kali ini apabila tidak boleh pulang ke kampung kerana berada di daerah atau negeri yang lain, walaupun telah memasuki tahun kedua bersabar dan bertabah, serta perlu sentiasa berdoa agar wabak ini diangkat oleh Allah SWT,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media,selepas merakamkan video pendek khas sempena hari raya, di Tasik puteri, di sini pada hari ini.
Dalam pada itu Ghazali turut mengingatkan, agar amalan kunjung mengunjungi jiran tetangga dan saudara mara terdekat walau dibenarkan namun Prosedur Operasi Standart (SOP) perlu sentiasa dipatuhi.
"Semoga kita semua dilindungi serta tidak akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, perlu sentiasa berwaspada.
"Saya mewakili pihak DUN Bukit Besi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin kepada semua rakyat negeri ini khususnya penduduk Bukit Besi.
"Bersama kita memuji kebesaran ilahi dengan mensyukuri nikmat yang dikurniakan ini. Semoga Ramadan pada kali ini telah mendidik kita agar lebih beriman dan bertakwa,"ujarnya.