lightning-solid
Berita :
Merchang Jadi Tumpuan! Kejohanan Bola Tampar Pantai Semarakkan 'Truly Terengganu'
Merchang Jadi Tumpuan! Kejohanan Bola Tampar Pantai Semarakkan 'Truly Terengganu'
Muhammad Fakhruddin Bin Nordin
12 jam yang lepas
37

KEMAMAN, 11 Julai – Pantai Angin Berbisik, Merchang kembali meriah apabila Kejohanan Bola Tampar Pantai dan Sukaneka Tradisional Merchang (Merchang Glamping Park 2.0) berjaya menghimpunkan hampir 3,000 pengunjung serta peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, penganjuran program tersebut selari dengan usaha memperkukuhkan jenama Truly Terengganu sebagai identiti baharu pelancongan negeri yang mengetengahkan keunikan budaya, warisan dan keindahan alam semula jadi.

Menurutnya, jenama Truly Terengganu mampu memperkukuhkan kedudukan negeri sebagai destinasi pelancongan pilihan yang memberi impak positif kepada ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat.


"Kita tukar jenama pelancongan negeri kepada Truly Terengganu.

"Sesungguhnya inilah Terengganu. Kita sudah lama menggunakan tema Beautiful Terengganu dan saya berharap rakyat Terengganu dapat menjadi duta pelancongan di kawasan masing-masing," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Kejohanan Bola Tampar Pantai dan Sukaneka Tradisional Merchang di Pantai Angin Berbisik, Merchang hari ini.

Program yang berlangsung selama dua hari itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung, antaranya Bola Tampar Pantai, Tapak Gajah, Pertandingan Mewarna, Musang Berjanggut, Bola Tin, Congkak, Shoot Ball, Boling Kelapa, Lari Dalam Guni, Lastik Tin, Sukaneka Puzzle dan Batu Seremban.

Dalam pada itu, Razali juga berharap program itu dapat terus menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pelancongan negeri, di samping memperkenalkan keunikan budaya dan produk tempatan kepada pelancong dari dalam dan luar Terengganu.


Tag :

Artikel Berkaitan